ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 1 - AM



Seksyen 100. Keterangan hendaklah diambil secara lisan

Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 [En. No. 12/2003], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa-apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi-saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah terbuka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.