ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 243. Luar aturan.

(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana seksyen atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan prosiding itu kecuali Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak mengetepikan prosiding sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai luar aturan atau memerintahkan pindaan ke atasnya atas syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang munasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam prosiding dengan mengetahui akan perkara luar aturan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.