ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 51. Perceraian dengan li’an.

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan seorang Hakim Syarie, atas penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan li’an itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod yang diperakui itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.