ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 256. Keterangan.

(1) Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mematuhi peruntukan Hukum Syarak mengenai bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan sesuatu kenyataan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil kira undang-undang keterangan yang berkuatkuasa ketika ini dalam Negeri, dan hendaklah berpandu kepada prinsip-prinsip undang-undang itu, tetapi adalah tidak dikehendaki untuk memakai undang-undang itu secara ketat.


DIPERAKUKAN oleh saya sebagai salinan Rang Undang-Undang yang tulin yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada hari Selasa, 23 November 1993.


JOHN DATUK ANGIAN ANDULAG,
Timbalan Speaker,
Dewan Undangan Negeri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.