ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak-


mengeluarkan suatu injunksi sekatan pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau akujanji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu injunksi sekatan seseorang, lain daripada orang yang ada mempunyai jagaan atas kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.