ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 20. Menjual atau memberi anak.

(1) Mana-mana ibubapa atau penjaga yang didapati menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Penjualan, pemberian atau penyerahan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya anak itu diserahkan kepada jagaan mana-mana orang yang layak atau rumah kebajikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.