ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 10. Pendaftar-pendaftar.
Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Mahkamah Rendah Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.