ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Pengakadnikahan perkahwinan yang tidak dibenarkan.


Seseorang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan manakala dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.