ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Bab 1 - Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 93. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal

Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, melainkan jika Mahkamah memerintah sebaliknya dalam sesuatu hal, diberi kuasa untuk memberi akuan penyelesaian yang sewajarnya bagi apa-apa legasi atau apa-apa wang modal lain yang kena dibayar kepada atau boleh diterima oleh kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.