ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 75. Penangguhan pengeluaran proses.

Jika Hakim ada keraguan yang munasabah tentang kebenaran sesuatu aduan mengenai sesuatu kesalahan yang dia diberi kuasa mengambil perhatian tentangnya, dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebab dia meragui kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarahkan seorang Pegawai Penguat kuasa Agama supaya membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.