ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
Seksyen 15. Kanak-kanak belum cukup umur.
(1) Mahkamah boleh melayani apa-apa tindakan
yang dibuat oleh kanak-kanak belum cukup umur dengan cara yang sama seolah-olah ianya telah cukup umur.
(2) Walau apa pun peruntukan seksyen kecil (1), kanak-kanak belum cukup umur boleh mendakwa dan membela melalui penjaga ad litemnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.