ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XII - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 116. Menterjemahkan keterangan kepada yang dituduh.

(1) Apabila mana-mana keterangan diberikan dalam bahasa yang tidak boleh difahami oleh yang dituduh itu, dan ianya sendiri hadir, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang dia boleh faham.

(2) Bila dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian, maka ia hendaklah bergantung kepada budibicara Mahkamah untuk mentafsirkannya seberapa banyak yang difikirkan perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.