ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH
BAHAGIAN III - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 4 - TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN
Seksyen 16. Tuntutan atau pembelaan lisan.
(1)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Ordinan ini, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:
Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Ordinan ini berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan suatu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
(3) Apabila dia menerima rekod yang disebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah-
(a) memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan menurunkan tandatangannya atau cap jari kanannya pada rekod itu;
(b) menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan
(c) menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.
(4) Jika Mahkamah membenarkan sesuatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Ordinan ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.