ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 44. Bila waran geledah boleh dikeluarkan

(1) Jika —

Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran itu ditujukan boleh menggeledah dan memeriksa mengikut waran geledah itu dan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Waran geledah hendaklah pada lazimnya ditujukan kepada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah boleh menujukannya kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai polis yang lain yang hendaklah disebut namanya dalam waran itu, dan semua atau mana-mana pegawai polis itu bolehlah melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.