ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 13. Kuasa untuk menghendaki saksi-saksi hadir.

(1) Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 12 boleh dengan perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang pada pendapatnya tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu perintah di bawah subseksyen (1) gagal hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu, pegawai diberikuasa itu boleh melaporkan kegagalan itu kepada seorang Majistret yang boleh sesudah menerima laporan itu mengeluarkan suatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

(3) Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan saraan yang munasabah yang dilakukan olehnya; dan adalah sah bagi Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membayar perbelanjaan tersebut.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.