ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN V - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 63. Kuasa Mahkamah mengubah perjanjian mengenai penjagaan atau nafkah anak.


Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan itu dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuashati bahawa adalah munasabah dan untuk kebaikan anak itu berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.