ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 100. Kelahiran dalam masa empat tahun selepas pembubaran pernikahan.

Jika anak itu dilahirkan pada masa lebih daripada satu tahun tetapi dalam masa empat tahun selepas pernikahan itu dibubarkan sama ada oleh sebab perceraian atau oleh sebab kematian lelaki itu dan perempuan itu masih belum bernikah semula, lelaki itu tidak boleh dianggap sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya mengikut mana yang berkenaan berikrar bahawa anak itu adalah anak lelaki itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.