ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie.

(1) Dalam mana-mana kes yang berikut, iaitu—
maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu ialah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.