ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 143. Rekod rayuan jika perayu tidak diwakili atau perayu sebagai orang miskin.

(1) Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam Syar'ie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1).

(2) Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32.

(3) Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139 (7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.