ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 12. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu bagi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding, sama ada sivil atau jenayah, di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa rekod bagi perkara atau prosiding itu, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen 13 atau memberi arahan-arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah sebagaimana yang diperlukan demi keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta sesuatu rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara atau prosiding yang berkenaan hendaklah digantung sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.