ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID



Seksyen 128. Menutup atau meruntuhkan masjid.


Majlis boleh dengan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sebab yang cukup menutup atau meruntuhkan mana-mana Masjid dan boleh mana-mana Masjid yang sudah diruntuhkan dan tidak ada tujuan untuk mendirikan sebuah masjid lagi di atas tapak masjid itu atau tidak ada tujuan hendak menggunakan tapak itu bagi lain-lain maksud Ugama, dipajakkan, dicagarkan atau digunakan tapak itu dengan apa cara yang dibenarkan oleh Hukum Syara' tetapi pendapatan yang dapat dari itu hendaklah disimpan untuk digunakan bagi mendirikan, menyelenggarakan atau memperbaiki masjid-masjid, dan bukan untuk tujuan-tujuan lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.