ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 3 - NYATAAN YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Nyataan yang Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai nyataan yang berikut atau mana-mana bahagiannya-
(2) Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara berkenaan dengan seni, sains, sastera atau sejarah awam, Mahkamah bolehlah mendapatkan bantuan dari buku atau suratan rujukan yang sesuai.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh sesiapa supaya memberi pengiktirafan kehakiman berkenaan dengan apa-apa nyataan maka Mahkamah boleh menolak daripada berbuat demikian itu melainkan dan sehingga orang itu menunjukkan buku atau suratan sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memboleh Mahkamah berbuat demikian itu.

(4) Bagi maksud peruntukan subseksyen (1) (d), Sultan termasuklah Raja dan Yang di-Pertuan Besar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.