ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 51. Anggapan.


Di mana seseorang yang melanggar syarat-syarat daripada seksyen 49 atau 50 daripada Enakmen ini telah menjual sesuatu barang sebagai orang makan gaji kepada seseorang yang lain, maka majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan itu dan telah menyebabkan kejadiannya itu dengan jalan bersubahat melainkan ia mengesahkan bahawa kesalahan itu dilakukan dengan tiada suruhan, pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa ia telah mengambil langkah munasabah untuk mengelakkan kejadian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.