ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 76. Menjual anak.


(1) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang didapati menjual anaknya atau kanak-kanak yang dibawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Penjualan yang sedemikian itu adalah tidak sah dan anak itu hendaklah diserahkan di bawah jagaan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.