ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVIII - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 132. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya bila penghakiman atau perintah diberi atau dibuat, salinan hukuman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan dengan akibat kemungkiran tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan untuk menangkap atau menahannya tidak boleh diambil kecuali ia telah disampaikan dengan satu salinan penghakiman atau perintah yang dicatatkan dengan notis dalam Borang 15.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.