ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN 1 - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH AM
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Fasal 24. Pernyataan dalam peta, carta dan pelan ialah qarinah

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yamg dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara pada biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta, atau pelan itu, ialah dengan sendirinya qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.