ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahu dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari semasa ke semasa menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahu dalam Warta bagi mula berkuatkuasanya Bahagian-bahagian atau peruntukan-peruntukan Enakmen ini yang berlainan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.