ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 74. Menyembunyikan kehamilan.

Sesiapa perempuan menyembunyikan kehamilannya supaya dapat berkahwin dengan lelaki lain adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.