ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 48. Penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak.


Sesiapa mencetak, menerbit atau menyebarkan untuk tujuan jualan atau sebaliknya atau dengan cara lain atau sesiapa yang ada dalam miliknya mana-mana penerbitan agama memberi pengajaran atau bertujuan memberi pengajaran mengenai apa-apa perkara berlawanan dengan Hukum Syarak adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali dan semua penerbitan termasuk pita rakaman dan apa-apa alat yang berkaitan hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.