ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
PIHAK BERKUASA DALAM HAL-HAL AGAMA



Seksyen 37. Pindaan ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah terlebih dahulu dikeluarkan olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 35 dan subseksyen (2) seksyen 36 hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.