ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 106. Kes pendakwaan hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada yang dituduh yang tidak dibela.

(1) Dalam tiap-tiap pembicaraan di hadapan Mahkamah Kadi jika dan apabila Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk membela dirinya Mahkamah hendaklah, jika orang yang dituduh tidak diwakili oleh peguam, memberitahunya yang dia sendiri berhak memberi keterangan untuk membela dirinya dan jika dia memilih untuk memberi keterangan membela dirinya, hendaklah diberi ingatan berkenaan dengan fakta-fakta utama di dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya dia boleh diberi peluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana orang yang dituduh pada mana-mana pembicaraan untuk memberikan keterangan, tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran yang memburukkannya oleh pendakwaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.