ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 203. Kuasa untuk memerintahkan diambil sampel, dsb.

(1) Jika difikirkan oleh Mahkamah perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat atau keterangan penuh dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu, dan atas apa-apa terma, jika ada, yang difikirkannya adil, melalui perintah membenarkan atau menghendaki supaya diambil apa-apa sampel mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, apa-apa pemerhatian hendak dibuat tentang harta itu atau apa-apa ujikaji yang hendak diujikan ke atas atau dengan harta itu.

(2) Bagi maksud membolehkan mana-mana perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.