ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 19. Mempengerusikan mesyuarat

(1) Pengerusi, atau dalam masa ketakhadirannya, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.