ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 73. Beban membukti.

(1) Sesiapa berkehendak Mahkamah membuat hukuman tentang apa-apa jua hal atau tanggungan di sisi undang-undang dengan bergantung atas adanya nyataan yang ditegakkan olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan itu ada.

(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan ada sesuatu nyataan, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak atas orang itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.