ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 93. Bila fakta yang dibuktikan merupakan kesalahan yang lebih ringan.

(1) Jika seseorang itu dipertuduhkan dengan suatu kesalahan yang mengandungi beberapa fakta di mana satu percampuran daripada beberapa fakta sahaja menjadikan satu kesalahan yang lebih ringan, dan percampuran itu dibuktikan tetapi fakta-fakta yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang lebih ringan itu walaupun ia tidak dipertuduhkan dengannya.

(2) Jika seseorang dituduh atas suatu kesalahan dan fakta yang dibuktikan menunjukkan kesalahan yang lebih ringan yang dibuktikan, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang lebih ringan itu walaupun ia tidak dipertuduhkan dengannya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.