ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 14. Pemeriksaan saksi-saksi.

(1) Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 12 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu akan fakta-fakta dan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu.

(2) Orang itu adalah diwajibkan menjawab semua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai bertauliah itu, tetapi--
(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah diwajibkan di sisi undang-undang menyatakan apa yang sebenarnya, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhan atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

(4) Pegawai bertauliah yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah, terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan subseksyen-subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila boleh, dituliskan dan, selepas ia dibacakan kepada orang itu dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya dan ia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang hendak dibuat olehnya, hendaklah ditandatangani olehnya atau ditandakan dengan cap ibujarinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.