ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 37. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini dan Bahagian VII, penyampaian tiap-tiap dokumen hendaklah ke atas diri orang itu sendiri, dan hendaklah disempurnakan secara menyerahkan dokumen itu atau mengemukakan untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya. Suatu salinan yang mengandungi meteri Mahkamah dan tandatangan pegawai berkenaan hendaklah bagi maksud ini disifatkan sebagai dokumen asal.

(2) Penyampaian tersebut hendaklah disempurnakan oleh seorang pegawai Mahkamah itu atau Mahkamah yang lain:

Dengan syarat bahawa dengan kebenaran Mahkamah itu mana-mana dokumen bolehlah disampaikan oleh mana-mana orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.