ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq

(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta'liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.