ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 111. Kuasa menangguhkan pembicaraan.


(1) Jika oleh kerana seseorang saksi tidak hadir atau kerana sebab-sebab lain yang munasabah maka adalah menjadi perlu atau patut nagi menangguhkan dari memulakan atau menangguhkan sebarang pembicaraan, Mahkamah bolehlah, dengan arahan bertulis, dari masa ke semasa menangguhkannya atas syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan selama tempoh sebagaimana yang difikirkannya munasabah dan bolehlah dengan waran menahan orang yang dituduh itu sekiranya dia dalam jagaan:

Dengan syarat bahawa seseorang Qadhi tidaklah boleh menahan orang yang dituduh itu di bawah seksyen ini selama tempoh melebihi tujuh hari pada satu masa dan:

Dengan syarat lagi bahawa apabila Pegawai Perubatan Kerajaan telah mengarahkan bahawa pengadu adalah tidak berupaya memberi keterangan sebelum tarikh yang tertentu maka oranmg yang dituduh itu bolehlah ditahan sehingga ke suatu tarikh walaupun tempoh tahanannya akan melebihi tujuh hari.

(2) Tiap-tiap perintah yang di bawah seksyen ini oleh Mahkamah Qadhi hendaklah dengan bertulis dan ditandatangani oleh Qadhi yang mejalankan pembicaraan itu, dan hendaklah menyatakan alasan-alasan sekali.

Huraian- Jika didapati keterangan yang mencukupi yang menunjukkam bahawa orang yang dituduh itu disyaki melakukan sesuatu kesalahan dan nampaknya harus boleh didapati keterangan selanjutnya semasa ianya ditahan maka ini adalah suatu sebab yang munasabah untuk menahannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.