ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN



Seksyen 27. Melacurkan isteri atau anak.

(1) Mana-mana suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.