ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 52. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu.

(1) Suatu rayuan atau permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu di bawah perenggan 51(1)(c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah dapat mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.