ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN V - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 66. Status anak-anak saudara baru.


Jika pada saat ia memeluk Agama Islam seseorang saudara baru sama ada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak yang belum mencapai umur lapan belas tahun, dan anak tersebut telah diperintahkan oleh Mahkamah, selain daripada Mahkamah Syariah, atau mana-mana pihak berkuasa kompeten yang lain supaya diletakkan di bawah penjagaan saudara baru tersebut, anak itu adalah dianggap sebagai memeluk Agama Islam pada masa penjagaan diberi, sehinggalah anak itu mencapai umur lapan belas tahun untuk memilih agamanya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.