ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - PENDAKWAAN
Seksyen 186. Pendakwaan.
(1) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau Timbalan Pendakwa Syarie.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah boleh dijalankan oleh
---
(a)
Ketua Pendakwa Syarie atau seorang Timbalan Pendakwa Syarie; atau
(b)
mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (4) seksyen 53 Enakmen Pentadbiran [
En. 1/1991.
]; atau
(c)
seorang pengadu yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.