ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XV - SAPINA



Seksyen 102. Orang dalam tahanan.

Pihak yang menghendaki kehadiran seseorang yang dalam tahanan pihak berkuasa boleh dikehendaki mendepositkan dalam Mahkamah kos perjalanan dan saraanya kepada dan daripada Mahkamah itu. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis. Mahkamah boleh setelah itu mengeluarkan perintah supaya orang yang di dalam tahanan pihak berkuasa itu dibawa ke Mahkamah dan pegawai yang berkenaan itu hendaklah mematuhi perintah Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.