ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 118. Kuasa Hakim bagi menanya soalan-soalan atau memerintahkan pengemukaan.

Hakim boleh, bagi mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta-fakta relevan, menanya apa-apa soalan yang dia berhasrat menanya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tidak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; mana-mana pihak atau ejen-ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah itu, atau tanpa kebenaran mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan bagi menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta-fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai relevan dan dibuktikan dengan wajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.