ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA QADHI



Seksyen 76. Menolak aduan.


(1) Qadhi yang di hadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika setelah memeriksa pengaduan itu dan merekodkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil siasatan itu, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen terdahulu daripada seksyen ini, yang pada pendapatnya tiada alasan-alasan yang mencukupi untuk diadakan pembicaraan.

(2) Qadhi itu, jika menolak aduan hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.