ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN



Seksyen 49. Bukti penyampaian.

Penyampaian proses Mahkamah boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan di mana penyampaian itu adalah kepada orang itu sendiri dan orang-orang itu tidak dikenalinya, melalui afidavit itu dan afidavit orang yang mengecamkan orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan. Orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketidakupayaannya menandatangani tidak akan menyentuh keesahan penyampaian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.