ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 111. Apa perkara-perkara yang boleh dibuktikan berhubung dengan kenyataan yang dibuktikan yang menjadi qarinah di bawah seksyen 20 dan 21.

Apabila sesuatu fakta yang qarinah di bawah seksyen 20 atau 21 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada bagi menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau bagi mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai seorang saksi dan apabila diperiksa balas, telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.