ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PERLAKSANAANNYA



Seksyen 135. Kegagalan mematuhi syarat-syarat bon.

(1) Jika Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan pesalah itu berhubung dengan kesalahan asalnya atau mana-mana Mahkamah berpuashati bahawa pesalah itu telah gagal untuk mematuhi syarat-syarat bonnya, dia boleh mengeluarkan satu waran bagi menangkapnya.

(2) Mana-mana pesalah bila ditangkap atas waran di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika tidak dibawa dengan segera ke hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk menghukumnya, dibawa ke hadapan Hakim, dan Hakim tersebut boleh sama ada menahannya dengan waran sehingga masa di mana dia dikehendaki oleh bonnya supaya hadir bagi menerima hukuman, atau sehingga Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan asalnya itu bersidang, atau boleh membenarkan dia mengikat jamin dengan penjamin yang mencukupi, sebagai syarat dia hadir bagi dijatuhkan hukuman.

(3) Pesalah itu, jika ditahan sedemikian, boleh dikomitkan ke penjara dan waran penahanannya hendaklah memerintahkan supaya ia dibawa ke hadapan Mahkamah di mana dia adalah terikat untuk hadir untuk penghakiman atau untuk menjawap tentang kelakuannya semenjak dia dilepaskan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.