ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 110. Prosedur di mana orang dituduh tidak faham prosiding.

Jika orang yang dituduh, walau sempurna akal didapati tidak boleh memahami prosiding, Mahkamah bolehlah meneruskan pembicaraan itu dan jika pembicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan, prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dengan satu laporan berkenaan dengan hal-keadaan kes itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah membuat apa-apa perintah atau menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.